Semasa

Didakwa PukuI Pakcik, Netizen Tak Puas Hati Mahu Dengar Cerita Pemuda Pula

SHAH ALAM – “Saya sedia memaafkan pemuda itu.” Demikian luah warga emas yang dipukul penunggang motosikal dalam kejadian berhampiran jejantas di Padang Jawa dekat sini Ahad lalu.

TNTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI

Zainoldin Hussin, 60, berkata, dia bersedia memaafkan penunggang motosikal berkenaan dan sedia bertemu pada bila-bila masa sekiranya pemuda itu mahu bertemu untuk memohon maaf darinya.

“Saya anggap pemuda tersebut sebagai seorang lebih muda dari saya, sebaya dengan anak saya, jadi sebagai orang yang lebih tua, saya sedia memaafkan apa yang dia buat kepada saya.

“Seingat saya dia terus menerus memukul saya tanpa saya sempat bertanya apa kesalahan saya sehingga diperlakukan sedemikian rupa.

“Dengan keadaan diri saya yang merupakan pesakit sedang menjalani proses dialisis, saya hanya mampu melindungi tapak dialisis saya di bahagian tangan bagi mengelakkan mengalami kecederaan ketika dipukul,” katanya.

Tambahnya, terdapat juga dakwaan yang menyatakan dirinya ada memanggil beberapa individu untuk memukul pemuda tersebut.

“Ada yang mendakwa saya memanggil beberapa individu untuk memukul pemuda itu, itu saya nafikan sama sekali, ketika kejadian, saya tidak dapat berfikir apa-apa, kesakitan yang saya tanggung begitu perit.

“Malah kesan sakit akibat dipukul itu saya terpaksa tanggung sehingga kini, baik dari segi fizikal serta emosi saya sendiri,” katanya.

Pada Ahad, tular video yang dimuat naik di Facebook memaparkan seorang lelaki warga emas dipukul seorang penunggang motosikal dipercayai berlaku di Padang Jawa.

Tindakan penunggang motosikal tersebut kemudiannya berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan seorang warga emas dalam kejadian di Padang Jawa, Shah Alam pada Ahad lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh Muhammad Zulkifli Che Su membuat pengakuan demikian di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Bagaimanapun, ramai netizen kurang berpuas hati kerana belum mendengar kisah daripada pihak tertuduh yang berusia 24 tahun itu kerana hanya cerita mangsa, Zainol Din Hussain ditularkan di media sosial.

Rata-rata mendakwa pemuda terbabit mungkin berdepan provokasi sehingga ‘naik angin’ sekali gus aksinya memukul warga emas berusia 61 tahun itu dirakam orang ramai.

Semalam, mangsa mengadakan sidang media memberi penjelasan berhubung kejadian tersebut selain berlapang dada bagi memaafkan tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat automotif.

Zainol Din berkata, dia nafi menunjukkan isyarat ‘jari tengah’ sehingga membuat tertuduh berang sebelum berlaku aksi memukul di tengah jalan.

Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Namun begitu, tertuduh yang diwakili peguam Abi Mursyidin Awal diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 serta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa atau saksi berkaitan kes berkenaan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: Ohmymedia, Facebook Harian Metro (Norzamira Che Noh)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *