BUKIT MERTAJAM – Bapa kepada dua anak maut selepas ditetak sekumpulan lelaki dalam satu kejadian berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru di sini semalam.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI
Mangsa berusia 35 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam ketika menerima rawatan.
Selain itu, pemeriksaan pihak forensik di lokasi kejadian membawa kepada penemuan tiga bila parang, kayu baseball, pisau serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, usaha mengesan empat suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.
”Proses bedah siasat terhadap mangsa juga telah selesai dilakukan di Hospital Bukit Mertajam hari ini.
“Kita mohon orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Shahir Adnan di talian 019 951 7045 atau 04 538 2222,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Nak pukol sorang laki bawak geng berserta parang pisau kayu baseball..tadak knek punye org…yg meninggal tu jgk gentle mai sorang2 je..kalah bermaruwah” – Poklong
“Bahaya nya pasal wanita sanggup bunuh..bagai mana pula dengan wanita jika berebut lelaki ada kah perkara sama akan berlaku..?sama-sama kita hayati kisah ini buat seketika untuk panduan masa akan datang..selamat hayati..” – Nasir
“ko rewang kan ramai2 kan baik popuan tu..same2 dapat rase..ni sorng dh jalan..yg lain tggu mase 302….bebal” – Aril
“Sorg mti sorg lgi kt penjra yg pempuan syok woo…cri jntan lain sekrng spa rugi” – Qarina
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
MalaysiaGazzete