Setiap orang mempunyai kereta yang diimpikan. Jika sudah mampu, pastinya membeli kereta impian menjadi salah satu perkara yang harus didahulukan agar ‘rasa’ tersebut tidak menggangu kehidupan seharian.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI
Namun, siapa tak sedih jika kereta yang baru sahaja seminggu digunakan terbabit dalam kemalangan hingga membuatkannya total lost dan tidak dapat digunakan lagi.
Perkara tersebut dialami sendiri oleh adik kepada pengguna TikTok dikenali sebagai @yemonth.takisa apabila kereta yang baru seminggu diperoleh selepas lama ‘mengidam’ memakai kereta berkenaan remuk setelah terlibat dalam satu kemalangan di lebuh raya.
Dalam video yang dikongsikan, dia sempat memuat naik momen sewaktu memperolehi kereta impian dan selepas kemalangan.
Lelaki itu hanya mampu bertabah sahaja melihat keretanya ditunda oleh truk penunda kerana mengalami kerosakan yang cukup ‘parah’
Walau bagaimanapun, adik kepada @eyemonth.takisa tetap bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan walaupun keretanya sukar diselamatkan.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati terhadap pengguna kereta itu kerana faham akan perasaan ketika melihat kenderaan yang baru dibeli sudah remuk sebegitu.
Ada juga diantara mereka yang pernah mengalami keadaan sama dan mengakui bahawa situasi berkenaan sangat ‘berat’ untuk dilalui namun sedar rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T sudah pun ditentukan.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Kisah Sedih Adik Aku.. Nikmat Yang Sementara.. Mujur Dia Selamat, Allah Masih Sayangkan Kau..😔 pic.twitter.com/649bfFwW2e
— video rendom (@NEhlart) May 11, 2022
Sumber: TikTok @eyemonth.takisa