Sebut sahaja nama Sajat, pasti ramai sudah mengenali usahawan kosmetik yang sering dilanda kontroversi ini dan sedia maklum bahawa kini dia sudah berhijrah ke Australia bagi memulakan kehidupan baru di sana.
Meskipun begitu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman masih menjadi bualan ramai seolah-olah dia masih berada di tanah air.

Terbaharu, Sajat mendedahkan bahawa dirinya bakal mengeluarkan satu single terbaru setelah sekian lama menyepi.
Menurut Sajat, lagu tersebut diciptakan sendiri oleh komposer terkenal antarabangsa kepada dirinya.
“Betul saya akan hadir dengan single baru tidak lama lagi. Komposer yang cipta lagu berkenaann merupakan komposer antarabangsa.”ujar Sajat.
Sajat menjelaskan dirinya akan membuat sesi rakaman lagu tersebut di Indonesia tidak lama sahaja lagi dan berkemungkinan akan melakukan rakaman klip video di Sydney.
Pun begitu, Sajat mengatakan dia tidak boleh berkongsi maklumat lanjut mengenai lagu tersebut dan meminta orang ramai bersabar bagi menantikan single terbaharunya tidak lama lagi.
“Lagu itu tentang…Sebenarnya saya tak boleh cerita lebih mengenai lagu berkenaan. Tetapi, saya sudah memberitahu komposer kemahuan dan citarasa lagu yang saya mahukan.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Astro Gempak