BACHOK: Warga emas yang memberhentikan motosikal di hadapan sebuah lori, maut digilis kenderaan berat itu di simpang tiga berhampiran Sekolah Pak Badol, di sini, semalam.
TONTON RAKAMAN VIDEO KEJADIAN YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH
Wan Razak Wan Jambul, 65, pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam insiden kira-kira jam 11.30 pagi itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh, berkata mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 terperosok di bawah lori 15 tan membawa muatan batu untuk ke tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Jerus, Pasir Puteh.
“Lori berkenaan berhenti di persimpangan dan semasa membelok ke kiri, pemandu berusia 49 tahun terdengar bunyi geseran di bawah lorinya.
Dia turun dari kenderaan dan mendapati ada seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah bersama motosikal di bawah lori.
“Sebelum itu, mangsa dipercayai datang dari arah belakang lori dan berhenti di hadapan kenderaan berat itu di persimpangan berkenaan.
Disebabkan kedudukan yang tinggi, pandangan pemandu lori terbatas dan mangsa pula di kedudukan ‘titik buta’ bagi kenderaan berat,” katanya kepada media, di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Sumber BH