Seorang wanita berusia 19 tahun mendakwa telah dicabul dan disamun oleh pemandu e-hailing dalam kejadian jam 9 pagi Khamis, di Kampung Kobuni, Inanam, Sabah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa yang bekerja sebagai jurujual menempah perkhidmatan tersebut untuk pergi ke tempat kerjanya di Manggatal.
Pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Zahir, kemudian menggunakan laluan alternatif dengan alasan mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Suspek kemudian meminta mangsa pindah ke tempat duduk penumpang hadapan. Mangsa akur dan sebaik saja duduk di hadapan, suspek memegang paha mangsa.
Kejadian itu turut dikongsi oleh majikan mangsa, di Facebook.
“Staff saya tak jadi turun kerja gara-gara di hampir kena rogol oleh pemandu e-hailing. Dia bertindak melompat dari kereta yang sedang bergerak dan mengalami kecederaan,” katanya.
Polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumt untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat di IPD Kota Kinablu, Inspektor Riduan Abd Majid di taliang 010-5144059 untuk membantu siasatan.
Ini Respon Netizen:
“Bagi sy grab ok selamat sbb semua details driver no kete semua ada rekod… takkan dia nak burukkan prestasi dia kan..nk selamat standby spray cili.ke.dlm hndbag tu..takpon naik je.kete Pura pura buat call family ckp baru naik grab nak kemana..pura pura la mcm konon ada org tunggu kita ke kat tempat kita nak pergi tu..” – Nora
“Sepanjang hidup saya baru 3x naik grab sorang.. Itu pun setiap kali naik berdebar2. Bila baca posting macam nii lagilah takut ” – Cik Adira
“Bagi saya Grab lebih selamat kerana untuk jd Grab Driver sangat sangat ketat ‘rules’ dia.. Kalau jenis ehailling lain tu saya tak pasti, rujuk kepada articles tu pelik juga boleh ada data palsu.. Moga kita dilindungi dengan rahmatNya.” – Nina
“nii kalau dapat ditangkap…mauu lunyai kena hempuk… oleh pemandu e-hi yg benar2 cari pendapatan utk sara hidup..” – Asikin
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Portal Deasoka, FB Chris Yan