Semasa

Tidak Dibenarkan Kebumikan Anak Di Kampung, Bapa Terpaksa Usung Jenazah Anak Merata Tempat Untuk Cari Tanah Mengebumikannya

Seorang individu yang dikenali sebagai Abam Botak berkongsikan kisah yang menyayat hati mengenai seorang bapa yang menghadapi masalah mencari tempat atau tanah untuk mengebumikan anaknya.

Penduduk kampung di kampung yang mereka duduki sekarang tidak membenarkan anaknya dikebumikan di situ kerana si bapa bukan warganegara dan tiada dokumen yang sah.

Bapa saya berbangsa Kadazan murut muslim, ibu saya pula berbangsa Sungai. Dalam darah saya mengalir darah anak jati Sabah. Saya cintakan keamanan negara saya, saya cintakan nilai persaudaraan, saya cintakan nilai keadilan, saya cintakan seluruh manusia dan juga makhluk tuhan.

Sebab itu, saya akan cepat terkesan bilamana terdapat perkara yang tidak patut berlaku di depan mata saya.

Sebenarnya pagi tadi terdapat 1 jenazah bayi yang baru lahir telah meninggal dunia. Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kubur dan uruskan jenazah anaknya. Namun oleh kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi.

Bayi tersebut dinafikan untuk ditanam di tanah perkuburan dalam kawasan kampung yang mereka duduki sekarang. Bahkan untuk urus jenazah bayi tersebut pun tidak dapat dibuat dikampung yang mereka duduki sekarang.

Namun Alhamdulillah, akhirnya bayi tersebut dapat di tanam juga di (TPI) Sim-sim, Sandakan. Terima kasih kepada penjaga (TPI) kerana mengizinkan jenazah bayi ini di tanam di sana. Ini bukti dalam hati kamu masih ada nilai kemanusiaan. Saya pulangkan pada rakan-rakan untuk menilainya. Izinkan saya berbeza pendapat.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Abam Botak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *