CHUKAI: Seorang pendakwah bebas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 119, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kompleks Operasi PETRONAS Kemaman, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, Mohd Najib Ali@Awang, 52, yang parah di kepala disahkan meninggal di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata mangsa menunggang motosikal ke Kerteh.
“Kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sahabat saya انا لله وان اليه راجعون
Dapat perkhabaran YBhg Us Mohd Najib Ali. Penceramah bebas di sekitar Hulu Kelang, ~tahun 2000 telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal tengahari ini.
Semoga roh beliau diampuni dan ditempatkan bersama para Solihin. Alfatihah
Mendapat perkhabaran yang mengejutkan seorang lagi sahabat Almarhum Tuan Guru Ustaz Hj Mohd Najib bin Ali kembali menemui Allah SWT hari ini, Semoga al Quran yang ada dalam dadanya sentiasa menemaninya di alam sana. Allah pasti melapangkan tempat tinggalnya dan Allah sekali-kali tidak memungkiri janjiNya. Aamin.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber BH