Semasa

Tak Perlu Letak Harga MahaI, Pemuda Kelantan Ini Buktikan Juadahnya Juga Setaraf Cef Ammar

Baru sahaja selesai seminggu berpuasa tahun ini, tapi dah bermacam-macam kisah mengenai bazar Ramadan yang kita dengar.

RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI

Antara kisah yang paling ‘top’ ialah mengenai harga juadah berbuka yang dikatakan meningkat tinggi dan kini menjadi terlalu mahal hingga orang ramai sering melabelkannya sebagai ‘harga Yahudi’, ‘Israel’, ‘Tel Aviv’, ‘Will Smith’ dan sebagainya.

Seorang cef terkemuka yang berasal dari negara Timur Tengah turut menerima kritikan kerana harga Nasi Arab yang dijualnya dikatakan terlalu melampau serta tidak kena dengan tempatnya yang hanya berniaga di bazar Ramadan.

Berikut merupakan hantaran yang dibuat oleh Mohd Afiq Muhamad di Facebooknya:

Ada satu video baru yang sedang berlegar di media sosial tentang seorang cef terkenal dari Timur Tengah yang mempunyai perniagaan restoran yang popular di Kuala Lumpur, beliau mengatakan tiada orang Melayu yang boleh berniaga menu macam beliau di Malaysia.

Ada ni, Melayu Jati Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia, tahun ketiga dah ni jual menu ni, walaupun tidak sepopular dan tidak sebanyak kuantiti yang dijual beliau tapi ada.

Bahan-bahan pun kita guna bahan premium dan berkualiti, Saffron dari gred terbaik, Ghee Brand Enrico’s/QBB, Beras Pusa Cream 1121 Gred A, Rempah Beriani diimport dari Pakistan.

Lokasi: Restoran Nasi Kandar Melayu N Iman, Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.

Walaupun Mohd Afiq tidak mempertikaikan faktor lokasi mungkin menyebabkan harga di Lembah Klang agak tinggi, namun di ruangan komen, beliau sempat mengiklankan harga hidangannya tersebut untuk dibuat perbandingan tahap ‘Yahudi’nya:

HYDERABAD DUM BERIANI

Beriani + Lamb Shank + Telur Saffron – RM39.00

Beriani + Ayam + Telur Saffron – RM13.00

Makluman: untuk menu Beriani Lamb Shank perlu order sehari awal ya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber & kredit foto: Facebook Mohd Afiq MuhamadFacebook Hanisya Abdul Hamid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *