SEORANG pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dengan lapan sebatan kerana mencederakan ahli keluarganya dengan parang.
Tertuduh Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pada Selasa.
Kronologi
Mengikut fakta kes, Mohd Hadi terlebih dahulu menyerang ibu mentuanya Puasa Yasik yang berusia 57 tahun.
Mohd Hadi kemudian pergi ke bilik tidurnya dan menetak isterinya Norwahida Rosli, 32, di kepala ketika dia cuba bersembunyi daripadanya.
Selepas itu, tertuduh melarikan diri dengan menaiki kereta Honda Accord sebelum jiran di hadapan rumah mereka menghubungi polis.
Dia kemudiannya ditahan pada 12.30 tengah hari 20 April lalu di Jalan Persiaran Indahpura 4, Kulai.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi manakala Mohd Hadi diwakili peguam Nurshuhadah Mahzan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Antara Reaksi Warganet:
“Semoga Allah bagi hidayah dan jadikan hadi lebih baik akan datang, InshaAllah. Harap lepas keluar penjara mulakan hidup baru dan jangan dicari lagi keluarga ni. Jauhkan diri.” – Mataking
“mukanya kelihatan berat beban kesedihan.. biasa tgok muka penjenayah xde emosi..
peringatan utk diri sendiri.. jgn melampau dlm berkata-kata.. tahap kesabaran org ada batasnya.. tiada yg dilahirkan menjadi penjenayah.. semoga diberikan hidayah buatnya.. dlm tirai besi peluang buat dia belajar tnpa fikirkan hal2 dunia yg lain..” – Saci Love
“Allahhu akhbar.. kurang rehat kot.. kerja bawak lori ni bukan semudah yg kite fikirkn.. dorang sggup bersengkang mata utk cari rezeki anak bini.. kite ni sbg isteri kene faham n jgn tambah tekanan pd suami.. kesian sgt2.. sbb suami sy pon driver lori, kdg2 smpai smggu x balik umah.. isteri kene la faham situasi.. smg kite sume dalam lindungan Allah s.w.t.. aamiin..” – Faiza Rahman
“Kita x tau apa citer disebaliknya tp nasi dah jd bubur..semoga ALLAH beri pengajaran & hidayah kpd kita semua Aamiinn InshAllah” – cik Lee
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!