Semasa

Masih Simpan Bantal Busuk Sejak 1998, Ini Alasan Kenapa Wanita Ini Taknak Buang

Setiap dari kita pasti mempunyai bantal kesayangan sejak lahir lagi. Hubungan bantal kesayangan, patung kesayangan atau lebih disebut dengan bantal busuk bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana setiap dari kita pernah melalui zaman itu.

Satu video viral mendapat tontonan sehingga 4.3 juta views setakat ini di TikTok. Menerusi video dimuat naik oleh Intan Normala, dia menunjukkan bantal busuknya yang masih disimpan sejak tahun 1998 sehingga ke hari ini.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Dalam video tersebut terlihat bantal busuk yang disimpannya tidaklah seperti bantal yang biasa malah ianya seperti cebisan-cebisan bantal yang bertali sehingga bantal terpaksa menggunakan pin untuk mengekalkan bentuk fizikal bantal tersebut.

Dilihat Intan cukup selesa menghidu cebisan-cebisan kain bantal kesayangannya itu dengan asyik sekali. Wahh, seperti stim dengan bau bantal busuk!

Walaupun kelihatan uzur dan memiliki rupa fizikal bukan seperti bantal, sayangnya Intan pada bantal busuknya itu tidak dapat dipatahkan. Meskipun ramai yang menyuruhnya membuang bantal busuk itu kerana sudah terlalu teruk.

REAKSI DARI NETIZEN :

Melihat ruang komen yang dipenuhi dengan bermacam reaksi, rata-rata ramai terkejut melihat keadaan bantal yang sudah berusia lebih dua dekad itu. Tidak ketinggalan juga ada yang meninggalkan komen bahawa tidak semua orang faham “nikmat” memiliki bantal busuk!

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber : Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *