Semasa

Setia Jaga Orang Tua Terlantar Sakit, Lelaki MeninggaI Dunia Di Sebelah Katil lbu

Sepanjang bulan Ramadan, media sosial dipenuhi dengan pelbagai kisah kematian individu yang ‘pergi’ dalam keadaan mulia seperti ketika menunaikan solat di dalam masjid sehingga menimbulkan rasa sebak netizen.

Tidak terkecuali bagi kisah seorang lelaki warga emas ini yang meninggal dunia sewaktu menjaga ibunya dipercayai akibat darah tinggi di kediaman mereka di Puchong, Selangor petang semalam.

Kisah menyedihkan itu dikongsi di akaun Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan jenazah Allahyarham Mohd Feisal Izrael di sisi ibu yang terlantar di atas katil.

Difahamkan, arwah berusia 62 tahun itu sudah lama menjaga ibunya yang uzur dan sakit sebelum ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir di bulan mulia ini.

Perkongsian itu juga memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham telah dibawa ke sebuah surau di Presint 20Putrajaya sebelum dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang berhampiran pagi ini.

Posting berkenaan dihujani kiriman al-Fatihah selain mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *