Semasa

Kena Saman Sebab Bayang-Bayang Kereta Masuk Kotak Parkir OKU

Seorang pemandu di London seperti tidak percaya bahawa dia dikenakan saman sebanyak £65 (RM364.00) gara-gara bayangan keretanya berada dikotak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi laporan Metro UK, lelaki berkenaan bernama Matthew Cole dipercayai meninggalkan kereta jenis Ford di luar Pejabat Pos Blackheath, Lewisham pada Mac lalu.

Difahamkan, bayang-bayang keretanya memasuki ke dalam kotak parkir OKU pada ketika itu. Namun, apa yang mengejutkan lelaki ini adalah dia menerima surat saman daripada Pihak Berkuasa Tempatan Lewisham hanya kerana bayang-bayang keretanya itu.

Ia tidak masuk akal langsung. Tiada sebarang tanda di tempat saya meletakkan kereta dan gambar yang mereka hantar kepada saya hanya menunjukkan bayang-bayang kereta saya di tempat OKU.

Ujarnya lagi, sebelum ini dia meletakkan kenderaannya di tempat yang sama dia membawa anak perempuannya ke perlawanan bola sepak di sebuah padang, namun tiada sebarang masalah ketika itu.

Ini adalah salah. Mereka menguatkuasakan sesuatu yang tidak wujud. Mungkin £65 (RM364.00) itu tidak banyak bagi sesetengah pihak tapi prinsipnya ia tetap salah.

Bukan itu sahaja, jika dia tidak membayar saman berkenaan pada waktu yang ditetapkan, ia akan jadi berganda sehingga £124 (RM700.00). Walau bagaimanapun, Matthew yang bekerja sebagai tukang kebun itu telah membuat rayuan berhubung hal itu, namun aduannya ditolak.

Sebaliknya pihak PBT kekal dengan keputusan yang menyatakan bahawa Matthew meletakkan kenderaannya pada kotak parkir yang dikhaskan untuk individu yang memegang kad OKU. Susulan daripada itu, lelaki berkenaan telah membuat rayuan kedua, namun masih belum menerima sebarang maklum balas daripada PBT.

Mereka juga ada menghantar e-mel untuk mempertikaikan perkara tersebut dan mengatakan alasannya tidak kukuh serta menegaskan saman yang dikeluarkan itu betul.

Saya fikir mereka sengaja melakukan seperti itu sebab nak paksa saya bayar saman tersebut.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Metro UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *