Semasa

Memperbanyakkan Rumah Allah”- Saudara Baru Hafiz Hiew Wakaf RM1 Juta Projek Bina Masjid

Usaha memperbanyakkan rumah Allah tak pernah bernoktah dalam terus menegakkan syiar Islam sekali gus memberi keselesaan kepada umatnya beribadat.

Apatah lagi, negara sudah beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu, serentak itu juga dibuka masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal.

Di sebalik semua itu, kisah penantian penduduk di sekitar Semenyih, Selangor sejak 20 tahun lalu juga bernoktah apabila pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma kini giat didirikan.

“Kos pembinaan ini dapat dikurangkan lagi sekiranya Kerajaan Negeri Selangor melalui MPKJ bersedia menanggung kos pembinaan jalan masuk dan infrakstruktur berkaitan ke tapak masjid sepanjang 400 meter.

“Justeru saya merayu kepada pihak berkenaan untuk meluluskan peruntukan. Dalam masa sama kita masih mengalu-alukan dana muslimin dan muslimat bersempena Ramadan disalurkan ke tabung wakaf KOMBAT menerusi www.masjidkesuma.com.my. Baki dana diperlukan sekitar kurang RM4 juta,” kata Prof Dr Muhd Najib lagi.

Sementara itu, duta KOMBAT, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Al-Idrus mengakui kesepakatan dan kebersamaan menjadi nadi kekuatan hingga mampu direalisasikan projek ini.

Pendakwah terkenal yang pernah dipilih sebagai mursyid (mentor) kepada peserta rancangan Imam Muda terbitan Astro Oasis itu dilantik sejak Oktober 2020.

“Maklum balas yang saya dapat apabila pergi kuliah ke masjid atau surau, golongan makcik dan pakcik ada menyapa saya bertanyakan tentang masjid yang ingin didirikan dan ingin menyumbang. Ada yang mengirim WhatsApp ingin menyumbang.

“Sambutan sangat memberangsangkan. Saya sendiri sangat terkejut ketika musim pandemik, masyarakat terkurung di rumah kerana ‘lock down’, ada yang berhenti kerja, diberhentikan kerja dan diuji, mereka tetap mahu menyumbang.

“Sumbangan itu begitu hebat menunjukkan masyarakat Malaysia khususnya, apabila dengar tentang masjid, mereka begitu bersungguh-sungguh untuk buat saham akhirat,” kata Ustaz Syed Mohd Norhisyam yang begitu terharu dengan kemurahan hati Hafiz Hiew.

Dengan siap bina masjid itu nanti, ia akan menampung 3,000 jemaah dalam satu masa dengan kapasiti penduduk sekitar seramai 30,000 orang.

Masjid beserta kompleks dilengkapi dewan serbaguna dan seminar yang lengkap itu juga boleh menampung keseluruhan aktiviti komuniti dan kemasyarakatan untuk berjemaah, beribadah serta riadah  dengan lebih terancang, teratur dan selasa.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *