Kes penderaan melihatkan seorang remaja sindrom down, adik Bella sedang rancak dibualkan di media sosial apabila makin hari banyak pendedahan oleh saksi yang sungguh menyayat hati.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Lebih mendapat perhatian apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut tampil bersuara bagi memastikan kes tersebut mendapat keadilan selayaknya memandangkan pihak Orang Kena Tuduh (OKT) tampil dengan 10 orang peguam bagi mewakili dirinya.
Ekoran itu, dilihat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mulai turun padang dan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kesudiannya bersama-sama untuk bekerjasama bagi memastikan pembelaan untuk adik Bella.
Menerusi video dikongsikan pada ciapan yang dimuat naik oleh Syed Akramin, kelihatan Rina dilihat telah melawat Bella yang berada di sebuah hospital.
Tambahnya, tindakan tersebut sangatlah tidak berasas dan teruk kerana reaksi reaksi yang ditunjukkan oleh adik Bella ternyata dia masih trauma dengan insiden yang berlaku kepada dirinya.
Pada masa yang sama, pemuda itu mengatakan tindakan Rina Harun membawa pengamal media seperti wartawan dan jurugambar semasa sesi lawatan ke hospital tersebut hanyalah mencari publisiti semata-mata.
“Yang kau bawa dia keluar jumpa photographer kenapa? Kau tak ada hati perutkah? Semua untuk publisiti diri kau sahaja tanpa fikir orang lain.” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mengelar tindakan Rina Harun dengan mengatakan adik Bella masih belum bersedia untuk berjumpa dengan orang luar.
Ini dapat dilihat remaja itu tidak selesa apabila dibawa keluar dan berhadapan dengan para wartawan dan jurugambar yang mengetik kamera bersama
Lebih ketara lagi, terdapat netizen mengatakan reaksi adik Bella memeluk tangan jururawat jelas menunjukkan dia tidak selesa dengan tindakan tersebut.
Tidak kisahlah jika Datuk Seri Rina Harun mahu menunjukkan dirinya menjalankan tugas dan peranan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, namun diminta menjaga privasi dan perasaan adik Bella.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Teruk betul Rina Harun ni. Adik Bella tu masih trauma, dari cara dia pegang tangan nurse tu pun kita dapat rasakan perasaan takut dia.
Yang kau bawa dia keluar jumpa photographer kenapa? Kau tak ada hati perutkah? Semua untuk publisiti diri kau sahaja tanpa fikir orang lain. https://t.co/sW9K0WfDnF pic.twitter.com/HxHufSuUpV
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) April 18, 2022
Sumber: Twitter @SyedAkramin, @wahidahu55ain