Semasa

Remaja Penghantar Makanan Maut Kemalangan Ketika Mencari Rezeki. Salam Takziah Buat Keluarga

Kuala Selangor: Seorang lelaki yang juga pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, berdekatan sebuah premis jualan kereta, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 2.30 petang yang membabitkan motosikal Honda RS-X dan SUV Proton X70.

“Mangsa kemudian merempuh bahagian kiri Proton X70 dan tercampak atas jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Luahan Sahabat Mangsa:

Alfatihah (dibaca) buat arwah yg kemalangan semalam di puncak alam berdepan proton jam 2pm. Walaupon aku x rapat dengn kau. Tapi aku pernah beborak gelak ketawa dngn kau bro. Semoga RohNya di cucuri rahmat dan semoga family arwah bertabah dan kuat di bulan ramadhan ini.

Menurut info dari penduduk setempat, jalan tersebut memang tersangat bahaya bagi pengguna jalan raya.

“Jalan situ memang..dah lah tayar banyak kali pecah lampu tak de..ingat kita kaya nak kena tukar baru je.servis kete pun makan duit gak bukan buat jalan je.bukan baru duduk sini dah bertahun2 duduk sini” – Mysarah

“Proton punya entrance tu berbahaya buat style perumahan di kampung tak nak keluarkan modal untuk buat jalan tu jadi double lane kereta nak masuk entrance dia jalan jadi sesak” – Hamzah

“Sehari sebelum puasa puas saya bebel dalam kereta tentang cara kereta nak masuk simpang ke proton dari alam jaya. La ni berlaku plak. Mmg sah la jalan ni berbahaya.” – Abdul

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *