Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia sering diganggu dengan puluhan akaun media sosial palsu yang meninggalkan komen seolah-olah mahu menyakitkan hatinya sejak tiga tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 37 tahun itu berkongsi beberapa InstaStory mengenai gangguan dalam rumah tangganya selain memetik nama anak kepada pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kaza.
“Dari dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya dari 2019 lagi.
“Sampai kami (Puteri dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berpesan kepada Ira supaya berhenti mengganggu hidupnya apatah lagi berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Di bulan baik ni, saya doakan korang berdua Ira dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah.
“Berhati- hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” kata pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu.
Sementara itu, Puteri Sarah turut mempersoalkan tindakan yang didakwa tidak putus asa mengganggu suami orang walaupun sudah mempunyai teman lelaki.
“Mana pergi semua teman lelaki anda? Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang?
“Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri. Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang.
“Selama empat tahu saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” luahnya lagi.
Sekitar September 2020, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah filem terkenal itu didakwa sedang dilanda masalah selepas timbul dakwaan pelakon tersebut hadir ke sebuah pejabat agama.
Bagaimanapun, peminat dapat menarik nafas lega apabila Puteri Sarah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anak-anak ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber OMM