Semasa

‘Sign’ Surat ‘Perjanjian’ Tepi Sinki, Netizen Dakwa Aisar Khaled Cuma Sewa Rumah

Baru-baru ini, influencer kontroversi, Aisar Khaled telah memaklumkan khabar gembira apabila berjaya membeli rumah sendiri bernilai RM1 juta pada usia 22 tahun.

Sudah tentu ramai yang memuji kejayaan pemuda tersebut walaupun dalam pada masa yang sama kurang senang melihatnya menunjuk-nunjuk wang berkepuk di dalam setiap sudut perabot rumah.

Namun begitu, perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @nabilfikran10 telah membuatkan netizen kembali berfikir kerana merasakan ada yang tidak kena dengan surat perjanjian yang ditandatangani oleh infleuncer itu seperti ditunjukan di dalam video.

Netizen di ruangan komen juga mengatakan yang rumah tersebut tidak pun dibeli oleh Aisar tetapi hanya disewa melihat daripada tenancy agreement yang dikongsikan.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan Aisar yang dikatakan hanya menyewa sahaja kondominium tersebut untuk kegunaan syarikatnya telah mendapat kecaman daripada netizen.

Kebanyakan daripada mereka menuduh pemuda tersebut hanya ‘sembang’ sahaja kerana tidak ada perjanjian pembelian rumah yang dilakukan di sebelah sinki dapur.

Setakat ini belum ada sebarang penjelasan berkenaan dakwaan tersebut memandangkan pemuda itu tidak memuat naik sebarang konten lagi berkenaan rumahnya.

Namun begitu, diharap Aisar dapat menjelaskan hal sebenar akan tidak timbul isu lain termasuklah tuduhan dirinya menipu untuk mencari perhatian umum.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Twitter @nabilfikran10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *