Semasa

Paras Oksigen Anak Menurun, Amyra Rosli Dipanggil Segera Ke HospitaI

Sejak semalam, pelakon terkenal Amyra Rosli kerap berkongsi perkembangan terkini anak perempuannya yang kini sedang dirawat di hospital setelah disahkan menghidap jangkitan penyakit kawasaki.

Menerusi Insta Story isteri kepada aktor Amar Bahrin itu, dia sempat menulis beberapa hantaran berharap agar anaknya, Ayra Aryssa segera sembuh.

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu, dia memaklumkan yang pihak hospital telah menghubunginya supaya segera ke hospital susulan paras oksigen Ayra mengalami penurunan.

“Berderau darah mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mommy sampai sayang,” tulis Amyra di Insta Storynya.

         

Sebelum ini, pelakon tersebut ada memuat naik hantaran sedang bersahur sambil menemani anaknya di hospital sebelum berkongsi wajah Ayra yang sedikit membengkak disebabkan pengambilan ubat.

Paras oksigen anak menurun, Amyra Rosli dipanggil segera ke hospitaI

Paras oksigen anak menurun, Amyra Rosli dipanggil segera ke hospitaI

Suaminya, Amar Bahrin turut sama memohon agar anaknya terus kuat melawan penyakit kerana dia amat merindui puteri tersayang.

Terdahulu, Amyra ada memuat naik satu video sebelum Ayra jatuh sakit dan mengalami jangkitan kawasaki. Dalam unggahan video tersebut, anaknya terlihat sihat sahaja dan sempat pergi memotong rambut dan bermain bersama abangnya tanpa menunjukan sebarang gejala.

Semoga Ayra segera sembuh dan terus kuat melawan penyakit.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Amyra Rosli, Amar Bahrin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *