Semasa

Suruh Cium Kaki, ‘Ustaz Selebriti’ Ajar Pengikutnya Amalan Menyesatkan

Ajaran salah, menyimpang dan terpesong sering kali didedahkan berlaku melibatkan mereka yang berlindung di sebalik gelaran ‘ustaz’ dan ‘ustazah’.

Sejak adanya media sosial, ajaran golongan ini juga lebih cepat berkembang dan agak merisaukan kerana bilangan pengikutnya juga ramai.

Lebih menyedihkan, orang ramai yang dahagakan ilmu agama termasuk golongan profesional dan korporat juga turut terpedaya dan terpesong hanya kerana tersilap memilih guru.

Peguam dan pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani melalui laman Facebooknya telah membuat satu pendedahan yang disifatkannya sebagai boleh menggemparkan negara.

Ikuti hantaran yang dibuat oleh beliau berikut.

Saya memberitahu cara mudah untuk kenal ajaran sesat walaupun menggunakan nama tarekat tertentu, antara lain, mengamalkan pergaulan bebas lelaki perempuan, pengikut perempuan disuruh bersalam dan mencium kaki syeikh dan seumpamanya.

Saya bertanya kepada beberapa orang yang rapat dengan ustaz selebriti tersebut, mereka mengatakan bahawa mereka dah tahu lama.

Saya menyangka cerita seperti ini kalau didedahkan akan menggemparkan negara. Rupa-rupanya ramai juga yang mempertahankannya.
Begitu liciknya syaitan memperdayakan manusia. Golongan professional yang bijak pandai pun diperbodohkan.

Golongan hartawan dan tokoh korporat pun terpedaya. Golongan agamawan yang belajar di negara-negara Arab pun boleh tertipu.
والله المستعان

Ahmad Jailani Abdul Ghani
12.04.2022

Keterangan Gambar Hiasan – Antara Contoh Perkara Tidak Senonoh Yang Tersebar.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber & kredit foto: Facebook Ahmad Jailani Abdul Ghani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *