Pelajar pada masa ini dihantar oleh ibu bapa dengan menaiki kereta dan motorsikal atau pengangkutan ke sekolah, namun lain pula nasib yang dilalui oleh sekumpulan murid ini.
Baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Zazila Roslan yang memuat naik beberapa buah video yang menunjukkan sekumpulan murid terpaksa bergadai nyawa pada setiap hari untuk pergi ke sekolah.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Apa yang membimbangkan adalah keselamatan mereka kerana terpaksa menyeberangi sungai dalam keadaan yang membahayakan selepas jambatan dan jalan raya yang menghubungkan rumah mereka ke sekolah roboh sejak dua bulan lalu berkemungkinan akibat dibawa arus sungai.
Sekumpulan murid di sebuah daerah di Sabah bergadai nyawa setiap hari ke sekolah apabila terpaksa menyeberangi sungai menggunakan rakit uzur dan bakul yang ditarik selepas jambatan dan jalan raya yang menghubungkan rumah mereka roboh.
Lebih membimbangkan, murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan, Keningau itu bukan saja terpaksa mendayung rakit tanpa pengawasan orang dewasa, malah rakit yang digunakan juga dilihat terlalu uzur.
Pada masa yang sama, tular sebuah rakaman video yang dimuat naik semula oleh Adrian Lasimbang di laman Twitter yang melihatkan sekumpulan pelajar menggunakan ‘cable car’ untuk menyebarangi sungai.
Difahamkan, mereka ini menyeberangi sungai untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan, Keningau.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan simpati dan sebak dengan nasib yang menimpa para pelajar tersebut.
Selain itu, ada warganet meluahkan kesalan melihat kemajuan dan nasib yang terpaksa dilalui para pelajar dan penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Ini kerana negara kita sudah mencapai kemerdekaan sudah melebihi 60 tahun sejak bebas daripada dijajah.
Selain itu, terdapat yang meluahkan kerisauan melihat pelapis masa depan negara ini terpaksa membahayakan diri demi menuntut ilmu.
Tidak kurang juga, salah seorang pengguna di Twitter meluahkan ketidakpuasan dengan sikap lewa oleh pihak bertanggungjawab.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON VIDEO DI BAWAH:
— video rendom (@NEhlart) April 28, 2022
Sumber: Twitter @lasimbang , Facebook Zazila Roslan