KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk ketika bulan puasa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, berkata Bella disuruh oleh Siti Bainun untuk menghabiskan nasi tersebut walaupun remaja itu kenyang kerana Bella telah curi-curi makan dan minum semasa ketiadaan Siti Bainun di rumah kebajikan itu.
“Ketika itu bulan puasa, Bella tidak makan nasi sebab dia terlampau kenyang kerana curi-curi minum air dan makan kerana di bilik dobi banyak barangan kering. Bella juga tidak dibenarkan makan dan minum sesuka hati, jadi Bella cari jalan untuk curi makan dan minum tanpa pengetahuan saya, Siti Bainun dan penghuni Rumah Bonda sebab dia takut.
Disoal seorang lagi peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf berapa kali kejadian itu berlaku dan adakah Siti Bainun meminta secara spesifik 20 biji cili padi itu, saksi itu menjawab: “Banyak kali juga dan memang Siti Bainun mahukan 20 biji cili itu”.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian itu berlaku beberapa kali seminggu.
Farhan: Boleh kata empat kali seminggu? Yasmin menjawab: Ok.
Farhan: Jadi kalau seminggu sudah 80 biji cili Bella makan, tak kan mulut Bella tak melelas, melecet atau merah? Yasmin menjawab: Mulut dia merah.
Farhan: Pada prosiding semalam, kamu kata Bella didera setiap hari selama empat bulan, jadi kalau kita kira lebih kurang 1,280 biji cili disumbat kepada Bella (dalam tempoh empat bulan) tak kan mulut Bella tak melelas atau melecet.
Yasmin: Dia (Bella) makan, lepas itu buang balik.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Setiap hari ada saja perkembangan kes remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
Terkini, punca pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Abd Razali ‘naik hantu’ pada Bella dan hubungan mereka mula ‘tidak berapa baik’ adalah disebabkan oleh tindakan remaja perempuan itu menarik langsir sehingga besi tercabut.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di salah sebuah bilik di kondominum Wangsa Maju.
Melalui pendedahan penghuni rumah kebajikan itu yang juga saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, sejak daripada itu, Siti Bainun mula memarahi dan memukul Bella.
Jika semalam, penyanyi Fynn Jamal hadir untuk mendengar prosiding kes adik Bella, hari ini tiba giliran Dr Malar Santhi Santherasegapan.
Dr. Malar memaklumkan di laman Facebook miliknya, sejak kes tersebut tular, dia tidak pernah komen malah melihat video penderaan yang dilakukan oleh Siti Bainun kepada Bella.
Namun, pada hari ini dia sendiri mengambil inisiatif untuk hadir dan dengar sendiri sebelum berkongsi sinopsis perbicaraan mengikut versi Celoteh Dr. Malar.
Menurut Dr. Malar, segalanya bermula apabila saksi menyatakan dia tidak pasti sama ada jiran-jiran Rumah Bonda di Kondo Irama Wangsa ada mendengar atau melihat Bella didera di antara tempoh Mac hingga Jun 2021.
Dan, Yasmin bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Asiah bahawa sekiranya pintu gelongsor di ruang tamu dibuka, sesiapa sahaja boleh mendengar jeritan atau muzik daripada jiran-jiran sekeliling.
Apa yang menarik perhatian Dr. Malar adalah dialog antara peguambela Siti Bainun dan Yasmin dan baginya ia merupakan soalan tidak masuk akal.
Dr. Malar berpendapat, ia tidak logik jika kita sebagai jiran membuat laporan polis sekiranya mendengar anak jiran kita menangis.
“Jika setiap kali mereka menangis, pastinya semua ibu di Malaysia bakal meringkuk di penjara.” luahnya.
Tambah ibu kepada dua orang anak itu, adalah mustahil jika jiran membuat laporan polis jika mendengar bunyi kanak-kanak menangis pada setiap hari, terutamanya Rumah Bonda yang pastinya mempunyai ramai budak.
“Macam mana jiran nak mengenalpasti suara tangisan kanak-kanak tersebut ketika lapar, bergaduh atau didera?”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Dr. Malar yang sememangnya sangat berasas.
Tidak kurang juga, ada yang pelik apabila soalan tersebut ditanya, ia seolah-olah menggambarkan anak-anak peguam tidak pernah menangis.
Selain itu, Dr. Malar memberitahu bahawa banyak lagi yang dibicarakan dala ruang mahkamah dikatakan tidak masuk akal.
Walau bagaimanapun, wanita itu mengatakan berkemungkinan dia hanyalah rakyat biasa yang kurang arif tentang selok belok perundangan.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Facebook Malar Santhi Santherasegapan