Baru-baru ini tular video berdurasi 40 saat di laman Facebook apabila sebuah kereta Perodua Axia dilanggar oleh sebuah kereta api di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang pada pagi Rabu.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana pandangan pemandu Axia tersebut terhalang oleh lori yang berhenti di susur keluar.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Menurut laporan, kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan itu melanggar kereta api dengan 31 wagon yang sedang dalam perjalanan dari stesen Pasir Gudang menuju ke stesen Pelabuhan Johor.
Pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengatakan kejadian itu berlaku pada jam 9.40 pagi dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
“Secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan memasuki pintu utama Pelabuhan Johor,” katanya.
Selain itu, beliau berkata kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit yang tidak perasan dengan pergerakan kereta api di hadapannya, dan kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Namun, lain pula pandangan yang diberikan oleh warganet mengenai insiden yang berlaku itu.
Ini kerana kebanyakannya mempertikaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan kereta api itu, terutamanya sistem pengurusan.
Tak kisahlah, sesiapa pun yang bersalah dalam hal ini, diharapkan ia dapat dijadikan iktibar untuk semua pengguna jalan raya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Kejadian yang berlaku di lampu isyarat johor port anggaran jam 9 pagi tadi pic.twitter.com/oNHu3mLpUn
— video rendom (@NEhlart) April 13, 2022
Sumber: Facebok Community Roda Johor – CRJ , Sinar Harian