Usahawan selebriti, Mawar Karim dikatakan bakal berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrup, sekiranya gagal untuk melunaskan hutang yang dipinjam olehnya daripada seorang sahabat.
Mawar Pinjam Duit Buat Modal Perniagaan
Berdasarkan laporan Mstar, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan membuat pinjaman daripada seorang rakan kenalan, Nabil Mat Yahya atas tujuan modal memulakan perniagaannya.
Gagal Bayar Ikut Tempoh Yang Ditetapkan
Difahamkan, Mawar meminjam wang sepanjang RM 720,000 daripada Nabil.
“Dia boleh menjawab secara terus atau lantikan peguam memandangkan ia sudah menjadi kes mahkamah.”
HARUS BAYAR SEMULA SEBELUM DI ISYTIHARKAN BANKRAP
Nik Zarith menegaskan Mawar perlu menjelaskan semula hutang yang dipinjam sebelum pihaknya bertindak melakukan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank usahawan itu sendiri.
“Jika jumlah masih tak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharan bankrap boleh dilakukan atau harta milik Mawar bakal dilelong.”katanya
Diharapkan pihak daripada Mawar Karim tampil memberikan sebarang maklum balas mengenai isu tunggakan hutang ini.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mstar (Farol Hadi)