Sebut saja nama Azira Shafinaz, pasti teringat mengenai spekulasi cinta penyanyi dan pelakon itu dengan rakan artis Sharnaaz Ahmad sejak tahun lalu.
Terbaru, menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 31 tahun itu sekali lagi menjelaskan bahawa hubungan mereka berdua tidak lebih sebagai rakan pelakon.
View this post on Instagram
Ahli kumpulan De Fam itu berkata, dia tidak pasti sekiranya ciri-ciri lelaki idamannya dimiliki Sharnaaz tetapi mengambil kira sifat kesefahaman.
Malah pelakon drama Penjara Janji itu berkata, dia juga tidak memandang status bakal suaminya termasuk menerima duda seperti Sharnaaz sebagai pasangan hidup.
View this post on Instagram
“Saya bukan jenis melihat status, yang penting dia boleh serasi dan menerima diri serta keluarga saya seadanya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Azira Shafinaz