Semasa

Rasa Janggal Keluar Tanpa Bertudung, Daphne Iking Nak jual Semua Baju Seksi

Pada awalnya, tujuan pengacara dan pelakon Daphne Iking memakai tudung hanya kerana ingin menutup uban di kepalanya ketika menghadiri sebuah acara, namun baru-baru ini Daphne mendedahkan bahawa dia sudah bertudung sejak Oktober tahun lalu.

Tambahnya, dia akan meneruskan proses bertudungnya sehingga Ramadan dan hari raya nanti. Dalam pada itu, Daphne turut mengatakan bahawa dia akan berasa janggal jika keluar rumah tanpa bertudung.

Seganlah… dah berumur nak pakai macam Halle Berry! Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai baju diving dan perlahan-lahan saya beritahu suami saya nak jualkan semua baju seksi saya.

Kalau boleh dalam rumah pun ketika sesi temubual virtual saya akan cuba seboleh-bolehnya untuk tutup, paling tidak saya pakai anak tudung dan topi.

Ujar pengacara berusia 44 ini lagi, suaminya memberikan sokongan 100 peratus walaupun pada awalnya dia sudah beberapa kali bertanya mengenai keputusannya itu serta berharap dirinya akan kekal beristiqamah dan diberikan kekuatan untuk melalui cabaran yang akan datang.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *