Perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun menjadi semakin ‘panas’ apabila salah seorang barisan peguambela memuat naik sekeping foto bersama anak guamnya itu di laman Twitter.
Foto tersebut membuatkan warganet kurang senang apatah lagi melihat mereka seolah-olah gembira ketika sebelah pihak lagi, remaja sindrom down Bella menderita akibat dakwaan didera.
Terbaru, isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut tampil bersuara berhubung kes berkenaan menerusi InstaStory miliknya, semalam.
“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” ujarnya.
Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Antara reaksi warganet:
“Tahniah YAM Che Puan..
Semoga keadilan buat Bella terus terbela..
Kami hanya mampu menyokong dgn benteng DOA QUNUT NAZILAH.” – Fyda
“Tanpa ragu ragu kami yakin Allah akan permudahkan urusan Che Puan .Terima Kasih.Syukur Alhamdulillah” – Anna
“Alhamdulillah, semoga jasa baik Che Puan di balas dengan kebaikan juga dan semoga dipermudahkan segalanya” – Hayati
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber Ohmymedia