Nama pelakon Iqram Dinzly kembali menjadi perbualan warganet apabila didakwa seperti mempersendakan alunan selawat menerusi aplikasi Bigo secara siaran langsung dipercayai semalam.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI
Sedutan siaran langsung itu kemudian dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Ayie sehingga meraih hampir 393,000 tontonan setakat ini.
Menerusi tangkap layar video berdurasi seminit 19 saat itu, Iqram atau nama penuhnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin dilihat memasang selawat nyanyian Raqib Majid.
Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu yang mengenakan ‘lingerie’ atau pakaian dalam seksi sambil mengalunkan selawat berkenaan satu persatu membuatkan netizen mengucap panjang melihat aksinya.
Malah, Iqram juga berselawat seolah-olah dengan gaya ‘feminin’ selain turut berdiri bagi membetulkan pakaiannya sekali gus sudut kamera memperlihatkan bahagian alat sulitnya.
Rata-rata menegur dan mempersoalkan tindakan pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu berbuat demikian serta berharap pihak bertanggungjawab dalam mengambil tindakan sewajarnya.
Aksi Iqram itu menerima padah apabila netizen mula mengecam video tersebut.
Untuk makluman, itu bukanlah kali pertama Iqram menampilkan sisi ‘pelik’ dirinya kerana dia telah beberapa kali mencetuskan kontroversi membabitkan akidah sebelum ini.
Kuala Lumpur: “Itu bukan saya,”.
Demikian kata pelakon, Iqram Dinzly ketika diminta mengulas mengenai video tular memaparkan individu mirip dirinya yang memakai pakaian tidur wanita dengan berlatar muzik alunan selawat.
Iqram ketika dihubungi berkata, karakter itu dikenali sebagai Princess Iqy Dinzly dan tujuannya adalah untuk menyentuh hati netizen agar membuat pilihan sama ada mahu berselawat atau menyaksikan perkara maksiat.
“Dia adalah Princess Iqy Dinzly. Dia berikan pilihan sama ada nak selawat atau nak saksikan ‘pelacur-pelacur bilik kaca’ dan ‘penari tiang dalam bilik kaca’,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Iqram, apa yang dipaparkan di akaun TikTok @iqramdinzlycious dalam video secara langsung itu juga adalah satu bentuk teguran kepada golongan transgender yang disifatkan sebagai semakin berani.
“Satu lagi, kaum transgender semakin berleluasa dan semakin berani di media sosial. Itu satu teguran juga.
“Selain itu, ia juga teguran untuk wanita-wanita bertudung yang umpama berbogel dengan pakaian yang ketat,” katanya.
Iqram juga menyeru semua pihak supaya memadam hantaran-hantaran yang tidak senonoh di media sosial dan mengambil keberkatan dengan kehadiran bulan Ramadan kali ini.
Saya tak boleh nak cakap sebab saya tak pandai langsung menggunakan media sosial. Apa pun, ambillah kesempatan dengan kehadiran bulan Ramadan.
“Tolonglah pada gambar-gambar yang menunjukkan punggung dan payudara semua terutamanya golongan pempengaruh.
“Kandungan-kandungan sebegini boleh menjurus ke arah yang tidak bermoral antaranya berlaku jenayah rogol dan sebagainya.
Jangan sampai rogol itu menjadi perkara biasa di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, sekiranya netizen ingin melihat diri Iqram yang sebenar, nantikan drama terbaharu lakonannya yang akan ditayang tidak lama lagi.
“Sekarang, kalau nak tengok Iqram Dinzly yang betul, tengok drama Mem dan Bibik Bibik yang akan ditayangkan di TV3 bermula esok.
Selepas itu, ada beberapa drama lain lagi antaranya Dilema Wanita dan satu lagi drama arahan pengarah Erma Fatima,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video lelaki mirip Iqram yang mendapat kecaman daripada netizen dan dianggap mempersendakan agama dengan mengenakan pakaian tidur wanita yang seksi berserta alunan selawat.
Video itu tular di TikTok dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.
Terbaharu, Iqram kini menjalani penggambaran drama berjudul Cinta Hilang Kata, berganding dengan pelakon Sophia Albarakbah.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Sumber HM