Petaling Jaya: Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, di sini, semalam.
RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ITU ADA DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, jam 8.54 malam tadi.
“Siasatan awal dilakukan mendapati motosikal dinaiki dua mangsa iaitu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dipercayai hilang kawalan.
“Dalam seminggu kebelakangan ini saya perasan mereka berdua rapat sangat.
“Buat apa saja bersama-sama, pergi ke mana-mana pun semua berdua. Sampai hari kejadian semalam pun mereka masih berdua,” kata Farizuddin Mat Saad, 52, bapa kepada dua beradik berusia 15 dan 11 tahun yang maut dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, di sini, semalam.
Katanya, sebelum ini dua beradik itu seperti orang lain, akan berbaik semula selepas bergaduh, namun mereka begitu rapat sejak seminggu kebelakangan ini.
Menurutnya, dia reda dengan kejadian menimpa Nayli Ulfa, 15, dan adiknya, Nuf Amni, 11, yang maut dilanggar ketika keluar dari rumah untuk membeli makanan.
“Sebelum mereka keluar saya nampak mereka naik motosikal, tapi itulah, benda nak jadi, dah sampai ajal,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dua beradik berkenaan maut di tempat kejadian selepas dilanggar lori yang dipercayai hilang kawalan.
Jenazah dua beradik itu disembahyangkan di Masjid Jumhuriah Petaling Jaya, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan PJS4, Petaling.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON VIDEO DI BAWAH:
"Mereka berdua sahajalah anak saya, tipu kalau kata saya tidak sedih tetapi benda dah nak jadi, dah sampai masa, saya reda," Semoga ibu dan ayah tabah hadapi dugaan yg teramat berat ini😔 pic.twitter.com/CSAoYRV4ee
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) April 27, 2022
Sumber HM