Semasa

Pernah Dipukul ‘EX’, Wanita Malang, Sekali Lagi Jadi Mangsa Belasah Kekasih Baru

Bagi pasangan bercinta, hubungan toksik boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Selain berasa tidak bahagia, segelintir individu turut menjadi mangsa ‘naik tangan’ kekasih sehingga mengalami kecederaan.

Situasi seperti itu ibarat mimpi ngeri buat seorang gadis, @isitmeeh apabila mendakwa menjadi mangsa pukul bekas teman lelakinya menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Lebih malang bukan sekali dia ‘menderita’ ketika bercinta, malah gadis yang dipercayai berasal dari Singapura itu mendakwa kekasih barunya turut bersikap ‘naik tangan’ sama seperti bekas teman lelaki sebelum ini.

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, @isitmeeh berkongsi bahawa dirinya dalam proses untuk sembuh sekali gus seolah-olah mahu melupakan kejadian lama sebelum menemui cinta baru.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia sekali lagi menjadi mangsa kekasaran si kekasih baru sehingga dimasukkan ke dalam hospital.

Berdasarkan beberapa keping foto dikongsi, gadis tersebut mengalami lebam teruk pada sebelah matanya yang pasti menjadi trauma selain mengambil masa untuk pulih seperti biasa.

Meninjau ke ruangan komen, video mendapat 3.1 juta tontonan itu dihujani lebih 8,500 komen warganet yang rata-rata tumpang simpati dengan nasib menimpa gadis berkenaan kerana tidak patut diperlakukan seperti itu.

Malah, segelintir individu memberi pendapat bahawa dia perlu melupakan hubungan cinta buat seketika sebelum memilih lelaki terbaik untuk dijadikan sebagai kekasih hati.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber: TikTok @isitmeeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *