Semasa

VIRAL’- Dakwa Gadis `Genius 4 Flat’ Tak Pandai Masak, Johari ‘Dibasuh Teruk’ Oleh Warga Twitter

Pada minggu lalu, negara menerima khabar gembira apabila salah seorang pelajar Malaysia mendapat kedudukan pertama di salah sebuah institusi pendidikan terkenal di Amerika Syarikat.

Kisah kejayaan Irdina Shahriman mencipta sejarah pastinya membanggakan negara apabila berjaya mengatasi hampir 10,000 pelajar di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat mendapat liputan luas di media sosial.

Rata-rata warganet meluahkan kesyukuran atas kejayaan yang dikecapi oleh Irdina, namun lain bagi seorang pengguna di laman Facebook yang dikenali sebagai Johari Manikam.

Walaupun dia meluahkan kegembiraan atas pencapaian akademik tertinggi wanita itu, Johari dilihat meninggalkan komen seakan-akan perlian.

Johari mempertikaikan kejayaan pelajar genius itu dengan kemampuan melakukan kerja rumah seperti memasak dan mencuci pinggan.

Sejak semalam, komen yang ditinggalkan oleh Johari itu menjadi bualan panas oleh warga Twitter.

Menerusi ciapan oleh Saiful Nizam, dia mengatakan tindakan Johari tersebut sebenarnya mewakili pemikiran seorang lelaki yang kurang berakal.

Pada masa yang sama, dia menasihati warganet, terutamanya kaum lelaki supaya tidak menjadi seperti lelaki yang bernama Johari ini.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang pengguna Twitter berpendapat bahawa lelaki seperti Johari sememangnya dimanjakan sejak kecil.

Ini kerana dia diajar untuk mencari pasangan hidup yang menguruskan segala keperluan seperti memasak dan mengemas rumah.

Selain itu, rata-rata warganet meluahkan ketidakpuasan terhadap Johari.

  

Tidak kurang juga, ada warganet menempelak komen Johari dengan mengatakan dia tidak layak untuk berkahwin dan mengingatkan bahawa seorang isteri bukanlah ‘orang gaji’.  

Geram dengan komen oleh Johari, ramai warganet mempertahankan Irdina dengan mengatakan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sebenarnya ‘jaguh’ memasak.

Tak kisahlah, apa-apapun niat murni Johari Manikam, diharapkan dia lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen yang berhemah.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Twitter @saifulnizam769

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *