Semasa

Buat Video Lempar-Lempar Duit, Untuk Sedekah Ramadan, Lelaki Ini Akhirnya Terima Padah Dikecam Netizen

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, sudah pasti ramai di antara kita mencari sesuatu perkara yang boleh dijadikan sebagai lubuk pahala seperti meningkatkan amal ibadah dan melakukan amal jariah dengan bersedekah.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Pun begitu, tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang TikTokers memuat naik sebuah video memaklumkan bahawa dia ingin memberi RM1,000 free giveaway kepada 10 orang yang bertuah bersempena bulan Ramadan.

Menerusi video tersebut dapat dilihat TikTokers berkenaan melempar-lempar wang sambil menayangkan kenderaan mewahnya yang dimilikinya.

“Nak marah tapi puasa”

Video berkenaan kemudian mendapat kecaman daripada netizen yang mana tidak selesa dengan tindakan individu tersebut yang dilihat menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dia ada walaupun niat lelaki berkenaan adalah sesuatu yang mulia.

     

Niat dah bagus tu tapi diharapkan para influencer kat luar sana hormatilah bulan ramadan ini. Kalau boleh berhati-hatilah dalam keluarkan content sebab nanti tak pasal-pasal kena kecam dengan netizen.

“If you understand the concept of rezeki yg Allah bagi and respect other human being, sedekah & kongsikan rezeki dgn cara yg berhemah.

Bukannya lempar-lempar duit macam ni to attract people.” – Winky

“Xmungkin juga..aku percaya dia kaya mybe dia main forex dan berjaya..xmustahil byk ank muda skrg main forex dan jdi jutawan sekelip mata…” – Muzaffar

“Bila dh dirasuk setan duit mcm ni lah ni org panggil takbur nt Allah tarik rezeki bru tau dh dpt rezeki byk2 kne bersyukur tu bkn care die” – Lina

        

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *