Semasa

Sekumpulan Mat Motor MemukuI Dan Menyamun Lelaki, Akhirnya Menerima Padah Diburu Pihak PoIis

SHAH ALAM – Sekumpulan lelaki bermotosikal yang tular memukul dan menyamun pembantu peribadi jalan raya persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam, kini diburu polis.

TONTON RAKAMAN VIDEO KEJADIAN TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi, Ahad lalu ketika mangsa merupakan seorang lelaki menunggang motosikal seorang diri di lokasi tersebut.

   

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa telah mengalami kecederaan lebam di mata dan pipi dan luka pada kedua-dua belah tangan kerana dipukul termasuk menggunakan topi keledar.

“Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kerugian apabila telefon bimbit jenis Huawei Nova 4 dan dompet yang mengandungi dokumen penting serta wang RM50 telah disamun suspek.

                

“Selain itu, motosikal mangsa turut dibawa lari oleh kumpulan suspek yang tidak dikenali tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, insiden yang menimpa mangsa telah dilaporkan isterinya sejurus kejadian berkenaan.

Justeru, Mohd. Iqbal menjelaskan pihaknya kini dalam usaha mengesan kumpulan suspek tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saiedayu di talian 03-5520 2222.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit 41 saat memaparkan mangsa dipukul berulang kali kumpulan suspek.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *