Kes basikal lajak yang membabitkan lapan orang remaja maut dan seorang wanita, Sam Ke Ting masih belum reda menjadi bualan netizen, kini tular pula satu video sekumpulan budak lelaki di atas jalan.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Jacky Gee di laman Twitter miliknya, dilihat sekumpulan budak berada di atas jalan.
Lebih parah lagi apabila mereka dengan selambanya berbaring dan tidur di situ, seolah-olah ia merupakan tempat untuk beistirehat.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Apa yang menyesalkan pengguna tersebut, perbuatan mereka itu seperti ‘berguling-guling’ itu sebagai hobi baru.
Lebih menjadi perhatian netizen apabila melihat tindakan berani kanak-kanak itu tidak takut sekiranya kereta akan melalui jalan tersebut.
Tambah Jacky, dia tidak mengetahui tindakan yang akan dikenakan kepada pemandu kereta tersebut jika melanggar mereka pada waktu malam itu.
“Tertanya-tanya, berapa tahun akan dikenakan hukuman penjara kepada pemandu yang berani melanggar ‘pahlawan’ ini!” tulisnya.
Melihat kepada perkongsian video itu, mereka tidak memperdulikan sebuah kereta yang melalui di jalan tersebut.
Malah, tidak berganjak sedikit pun seperti mereka adalah empunya kepada jalan raya itu.
Sebaliknya, kereta itu yang bertindak dengan memandu secara perlahan dan mengelak daripada sekumpulan remaja berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen dengan meluahkan rasa berang dan kesal dengan tindakan tidak bermoral oleh mereka.
Tindakan tersebut amatlah membahayakan nyawa mereka sehinggakan ada yang mendoakan kanak-kanak tersebut ‘mati’ sahaja di tempat kejadian.
Selain itu, ada yang mengatakan mereka bernasib baik tidak bertemu dengan pemandu mabuk semasa sedang berbaring di atas jalan raya tersebut.
Jika tidak, maka hanya salam dan sorakan gembiran mampu dikirim.
Bukan itu sahaja, tindakan mereka ternyata menyusahkan semua pihak, terutamanya ibu bapa dan pemandu tersebut.
Mengimbau kembali akan tragedi yang menimpa lapan kanak-kanak lelaki yang menaiki basikal lajak maut dilanggar oleh kereta, maka pastinya banyak ‘wayang’ akan keluar di media sosial demi menegakkan keadilan kematian anak-anak mereka.
Pada masa yang sama, terdapat warganet sempat berseloroh dengan mempertikaikan keberadaan kereta tersebut selepas jam 3 pagi.
Difahamkan ia merupakan video lama, namun itu tidak bermaksud kelakuan tidak bermoral itu dipandang sebelah mata saja.
Netizen meminta agar para ibu bapa di luar sana agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak, terutamanya pada waktu malam sebelum menyusahkan lebih banyak pihak.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
HOLY 💩..After the Lajat Bicycle Gang, a new Hobby is rolling on the road. Malaysia is blessed with so much innovative youths ! I wonder how many years of jail time for the drivers who dare to run over these brave warriors ! 😱 pic.twitter.com/oSbcSC3Kve
— Jacky Gee (@JackyGee10) April 17, 2022
Sumber: Twitter @JackyGee10