Semasa

Balik Berjalan Kaki Dari KL Ke Kelantan Akibat Hilang Pekerjaan, Lelaki Ini ‘NEKAD! Anda Sanggup

Cuba anda bayangkan jika anda mahu balik kampung tetapi dengan berjalan kaki. Kampung pula bukan dekat… tapi beribu2 kilometer. Hanya orang yang berani dan nekad sahaja yang mampu melakukannya.

Bunyinya mungkin agak mustahil bagi sesetengah orang tetapi min respect ketabahan lelaki ini yang sanggup menghadapi kesukaran dalam perjalanan walaupun.

Kisah ini kisah lama semasa PKP dulu, tapi ia memang banyak mengajar kita utk tidak berputus asa, kejar apa yang kita mahukan dalam hidup, tabah serta cekal hadapi cabaran & tiada apa yang dapat menghalang jika kita betul2 berusaha mendapatkan apa yang kita mahukan, Kasut koyak tengah jalan? hanya orang yang betul2 berhati waja & cekal sahaja boleh hadapi semua itu.

Seorang lelaki berusia 20-an yang berasal dari Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah dikatakan memulakan perjalanan selepas mendapati bas ekspres ke Kelantan di Bandar Tasik Selatan (BTS) tidak beroperasi, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki itu menganggarkan perjalanannya mengambil masa tiga hari 20 jam untuk tiba di kampungnya sekiranya hanya dengan berjalan kaki.

Matnoe turut memaklumkan pada jam 11 malam tadi, sebuah lori ayam dari Pulau Pinang turut membantu menumpangkannya dari Gerik ke Tanah Merah.

Difahamkan juga yang Matnoe berkenaan sudah tiba di kampungnya dengan selamat. Tabik dekat Matnoe ni.

Sementara itu, menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa memaklumkan suaminya mengambil keputusan untuk pulang selepas sebulan tidak bekerja.

“Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang ni dalam perjalanan ke Gerik.

“Gila kepala memikir. Duduk Kuala Lumpur pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja kan.. Tauke pun halau la dari rumah yang dia beri duduk tu. Duit pun tak ada nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki nak balik rumah,” katanya menerusi status di Facebook.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *