Semasa

Khairy Bakal Umum ‘Sesuatu’ Sebelum Menjelang Aidilfitri

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun Tiktok miliknya sebentar tadi memaklumkan bakal mengumumkan ‘sesuatu’ sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Selain itu, beliau juga mengatakan akan memaklumkan beberapa lagi perkara penting pada minggu hadapan.

TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

“Minggu depan saya akan umumkan ‘update’ berkenaan dengan sambutan hari raya. Jeng…jeng…jeng…,” katanya pada bahagian akhir video tersebut.

Di awal video tersebut, beliau berpesan kepada mereka yang masih belum mengambil dos penggalak untuk segera dapatkan suntikan tersebut terutama sekali warga emas.

“Warga emas yang berisiko tinggi juga layak untuk dapatkan suntikan dos penggalak kedua untuk tingkatkan lagi tahap imuniti mereka.

“Ini adalah pilihan, KKM hanya menyarankan sahaja jangan cakap saya paksa pula.

“Saya hanya ingin golongon warga emas dapatkan perlindungan terbaik lebih-lebih lagi sebelum anda semua pulang ke kampung ramai-ramai nanti,” jelasnya.

KOMEN NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

SUMBER : TIKTOK KJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *