Semasa

Karna Ikut Cakap Kawan,- Aku Hodoh Dalam Sekelip Mata ‘Whitening Drip’ Hidap Kanser

Umum sedia tahu bahawa tiada jalan pintas untuk mendapatkan kulit cantik, gebu dan putih. Warna kulit setiap orang juga sudah diberikan oleh Maha Pencipta dengan cukup sempurna dan sihat tanpa perlu diubah kejadiannya.

Namun, sesetengah manusia lebih mengagungkann warna kulit yang putih serta cerah sebagai simbolik kepada kecantikan.

TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI

Disebabkan itu, ada sesetengah individu terutamanya golongan perempuan memilih jalan singkat dengan mengambil supplement atau produk-produk memutihkan kulit demi mendapatkan warna kulit idaman.

Akan tetapi, risiko yang ditanggung juga agak ‘menggerunkan’ kerana seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ladyvin_official berkongsi kesan daripada ketaksubannya membuat whitening drip untuk kelihatan lebih cerah.

Menurutnya, dia telah diajak oleh rakan untuk melakukan prosedur itu sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit kanser akibat daripada prosedur kecantikan yang dibuat.

Kini, impak dari ketaksubannya itu membuatkan dia perlu mengeluarkan lebih banyak duit untuk melakukan rawatan penyakit kanser.

Perkongsian yang dibuat ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak terutamanya golongan perempuan yang ingin terlihat putih dan cantik dengan jalan pintas.

Tambahnya, dia enggan orang lain menerima nasib sama sepertinya dan menegaskan bahawa whitening drip ini sangat berbahaya untuk kesihatan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan pendapat masing-masing dengan bersetuju bahawa produk-produk memutihkan kulit dan juga whitening drip ini sangat berbahya kepada kesihatan diri.

Mereka juga turut menyatakan yang lebih elok mensyukuri warna kulit asal dan mendoakan agar pengguna TikTok itu segera bebas daripada penyakit kanser yang dihidapinya.

KOMEN NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber : omm/TikTok @ladyvin_official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *