Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.
RAKAMAN YANG BERKAITAN ADA DIBAWAH SEKALI
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah berkenaan.
“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).
“Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.
“Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Roziah berkata, wanita berkenaan adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.
“Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil.
“Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya.
Beliau berkata, UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat yang memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.
Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar itu menyuruh kakaknya menjual gelas emas bagi membeli komputer riba untuknya.
“Pensyarah berkenaan perlu memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah berkenaan dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.
Satu video tular di media sosial sejak pagi tadi memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar.
Beliau telah membentangkan lebih daripada 30 kertas persidangan di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk di United Kingdom, Dubai, China, Hong Kong dan Thailand. Minat penyelidikan beliau sekarang termasuk prestasi projek, pemindahan teknologi, pengurusan pengetahuan, perkongsian awam-swasta, pengurusan nilai bersepadu dan anti-rasuah.
Selain itu, beliau sangat berpengalaman dalam mengajar Pengurusan Kewangan dan Pembiayaan Projek. Pengetahuan teknikal yang luas dan pengalaman dalam industri pembinaan telah membolehkan beliau menjalankan banyak program latihan di peringkat pekerja dan pengurusan bagi organisasi kerajaan dan separa kerajaan di Malaysia.
Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini.
Saya telah berhubung dengan pihak @uitmofficial untuk meminta penjelasan mereka. https://t.co/kty8bc762V
— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) March 30, 2022
Susulan tular video berkenaan, pelbagai reaksi warga net mempertikaikan tindakan pensyarah yang menghina pelajar itu.
Pensyarah berkenaan turut didakwa menyifatkan golongan B40 tidak mementingkan pelajaran.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Twitter toraokun
Sumber Uitm/Astro Awani