Semasa

DIARI IBU, Sedih Imbau Saat Makan Nasi Berkuahkan Air, Baju Buruk Punca Tiada Kawan Di Sekolah

PENGALAMAN merasai kesusahan ketika di zaman persekolah sudah menjadi memori pahit bagi sesetengah orang.

Apatah lagi jika diuji dengan masalah kewangan keluarga yang sentiasa tidak mencukupi sehingga membuatkan suasana belajar di sekolah tidak sempurna.

Begitulah apa yang diceritakan semula oleh Hasnoor Hashim, 27, mengenai kepayahan hidupnya di zaman sekolah sehingga meraih perhatian warganet di media sosial yang turut berkongsi cerita sedih mereka.

“Ibu saya cuma diamkan saja. Tapi saya ada nampak lepas tu dia menulis diarinya sambil menangis. Jadi saya yang masih budak ni dengan penuh rasa ingin tahu telah cvri-cvri baca diari itu.

Foto ibu bapa yang membesarkan Elly sejak dari kecil lagi

“Ibu saya meluahkan rasa terkilan dan sedih sebab tak mampu nak penuhi permintaan saya walaupun hanya cekodok untuk dibawa ke jamuan di sekolah. Paling sedih bila ibu tulis yang dia rasakan dirinya ibu yang tak berguna,” jelas Elly.

“Duit belanja di sekolah 20 sen setiap hari. Jadi saya alas perut dengan beli air saja di sekolah. Orang lain siap ada mak ayah datang waktu rehat bawakan bekal makanan.

Saya sedih tengok keadaan tu sebab tak dapat merasai semua itu jadi saya akan balik ke kelas menangis sendirian tapi lama-kelamaan saya mula faham tentang kesusahan keluarga,” ujar Elly.

Elly sudah mempunyai tiga orang anak sepanjang usia perkahwinannya

Ujar Elly lagi, lebih memeritkan apabila dia terpaksa merahsiakan keadaan kasutnya yang bukan sahaja terkoyak, malahan tapaknya juga tercabut.

Malah, dia menjadikan bapanya sebagai contoh dan tauladan untuk dirinya berjaya dan tidak membiarkan anak-anaknya merasai kesusahan sepertinya suatu ketika dahulu.

Elly kini bekerja dalam bidang solekan pengantin dalam pada masa yang sama membuka jualan bundle

“Saya bekerja keras cari rezeki demi anak-anak saya. Saya tak nak mereka hidup susah macam saya dulu. Sekarang rezeki saya pun OK sikit boleh bantu adik-adik dan ibu bapa saya juga.

“Saya jadikan pengalaman saya yang pahit tu semua sebagai penguat semangat saya. Bila saya rasa down atau tak bersemangat, saya akan ingat semula semua tentang kesusahan dahulu agar saya dah tak kembali hidup macam dulu semula,” jelas Elly menamatkan kisahnya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *