Semasa

To’ki Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital, Isteri Mohon Peminat Hadiahkan Doa Buat Suami

PENYANYI, To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengal4mi dem4m panas empat hari pada malam Ahad.

Isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berkata, To’ki dibawa ke HKL dengan menaiki ambulans kira-kira pukul 8.30 malam.

“To’ki sebelum itu mengalami dem4m p4nas sehingga suhu naik lebih 38 darjah celsius dan dia juga tiada selera nak makan.

“Jadi saya telefon ambulans dan To’ki terus dibawa ke HKL,” katanya kepada Majoriti.

Menurut Sharifah, sepanjang empat hari sebelum ini, To’ki hanya terbaring di rumah dan dia juga r1sau kerana suaminya itu meng4lami sak1t keres4han mel4mpau (anx1ety).

“Memang To’ki ada anx1ety dan itu yang saya r1sau serta disuruh menghantarnya ke hospital kerana t4kut keadaan menjadi tervk. Ujian sar1ngan Cov1d-19 pun dah dibuat dan selebihnya kita tunggu apa kata doktor.

“Harap semua dapat mendoakan yang terbaik untuk kesihatan To’ki,”

To’ki, 53, yang setia ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung.

“Saya bina pondok ini sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih.

“Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri,” kata To’ki.

Pondok kecil ini diibaratkan To’ki seperti syurga buat dia dan isteri

Pondok kecil ini diibaratkan To’ki seperti syurga buat dia dan isteri.

Pondok kecil yang melindungi mereka berdua daripada panas dan hujan memiliki makna yang sentimental buat To’ki kerana ia adalah hasil kerja tangannya sendiri.

Bukan sekadar menjadi tempat berlindung, pondok ini juga, kata To’ki menjadi ruang mencari ilham dalam berkarya.

“Sekarang ini pendapatan saya bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja,” ujarnya.

Sharifah Fairuz setia menemani suaminya, To’ki dalam susah dan senang.

Sebetulnya, To’ki tidak begitu gemar untuk terlalu terbuka bercerita mengenai kesulitan hidup yang dilaluinya kerana enggan orang ramai berprasangka.

Sebaliknya, dia lebih senang berkongsi idea dan hasratnya untuk kembali ke industri muzik tanah air untuk memperbaiki taraf kehidupannya itu.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *