Semasa

“Tiga Pelajar Wanita Bergelek Di Majlis Akhir Tahun Sekolah Tahfiz

JAKARTA – Aksi tiga wanita yang ‘sakan’ bergelek dalam satu majlis anjuran sebuah madrasah di Jogjakarta tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara, hari ini.

TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI

Menerusi rakaman video di Instagram @memomedsos, aksi tiga wanita bertudung dan berkaca mata sedang menari dan bergelek di atas sebuah pentas.

Aksi tarian itu dipercayai turut dirakam oleh pengunjung majlis tanpa rasa serba salah.

Sekali pandang, tidak ada yang pelik dengan tarian tiga wanita muda itu namun jika diperhatikan betul-betul, kain rentang di latar belakang pentas menimbulkan keraguan.

Kain rentang yang dilekatkan pada latar belakang pentas itu tertulis Haflah Akhir Sanah yang bermaksud sambutan akhir tahun persekolahan di sebuah madrasah.

Perbuatan yang dianggap tidak sopan ini mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan adakah ini produk sekolah madrasah generasi kini.

“Inilah contoh masyarakat akhir zaman, produk ‘TikTok’ sekolah madrasah,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kasihan ibu bapa tiga remaja ini dengan perbuatan anak-anak mereka,” komen seorang lagi. – Agensi

KOMEN NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *