Semasa

“Terima Kasih Kerana Curang…” – lsteri Raih RM24k Lelong Barang Suami Di FB Live

Kita seringkali mendengar kisah perkongsian kecurangan yang dilakukan oleh pasangan di media sosial, termasuklah membakar semua barangan peribadi miliknya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu muda dari Filipina ini apabila mendapat tahu si suami berlaku curang walaupun sudah memiliki tiga orang cahaya mata.

     

Menurut sumber, wanita itu berseloroh kepada warganet yang mengikuti jualan lelong di Facebook Live miliknya bahawa dia tidak mahu membazir dengan membuang barangan tersebut, sebaliknya mahu mendatangkan hasil yang menguntungkan seperti memperoleh wang.

 

Tambahnya, kesemua barangan berharga seperti kemeja, topi dan kasut milik suaminya itu besar kemungkinan sudah terkena ‘kutukan’ lelaki curang.

Melihat kepada tindakan bijak yang dilakukan oleh wanita ini, dia dikatakan berjaya meraih pendapatan sebanyak 300 ribu Filipina Peso bersamaan dengan RM 24257.70,

Jadi, wanita itu sempat memberikan nasihat kepada para isteri di luar sana supaya menjual kesemua barangan peribadi milik suami sekiranya mereka berlaku curang.

Ini kerana ia boleh mendatangkan keuntungan, berbanding membazir dengan begitu saja.

        

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: Malay Mail, Facebook Jamille Margarita Galvez

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *