Semasa

“Suami ‘Bertanggung jawab’ Adalah Suami Yang Dahulukan Hak Isteri, Cukup Tak Cukup Belakang Kira

Bila dua-dua bekerja, ramai suami terlepas pandang untuk tunaikan hak isteri. Bukan tak mampu tetapi pandang remeh sebab isteri sudah ada pendapatan sendiri.

Inilah yang menjadi masalah bila isteri bekerja, niat awal isteri cuma nak cari duit tepi untuk beli kehendak sendiri akhirnya bertukar menjadi pelengkap beli barang dapur. Diam-diam suami mula lepas tangan dan langsung tak bagi duit pada isteri.

Agak-agak cara ini adil tak dan isteri redha? Haa… kalau isteri itu redha alhamdulillah, tetapi kalau sebaliknya, suami kena betulkan. Nah, sebelum terlambat dan terpesong lebih jauh, jemput hadam perkongsian saudara Firdaus Shakirin.

Tak Tunaikan Hak Isteri

“Ayang, duit abang tinggal RM100 je lagi.” Saya berterus terang dengan wife, baki duit tiggal banyak tu saja. 2 minggu lagi gaji… wife kata, tak apa, duit dia ada lagi, guna duit dia. Terus dia hulur 300.

”Kalau tak cukup, bagitau la ayang.” Malu nak ambik, sebab itu duit bini, tapi dah nak kena guna, ambil juga la. “Nanti abang bayar balik.”

Pendapatan Isteri Lebih Tinggi

“Kenapa saya 1k, abang 200?”

“Abang guna 200 ni dulu, kalau tak cukup, abang mintak lagi…”

Awal-awal kahwin, agak struggle juga bab kewangan ni. Mana-mana pasangan pun mungkin akan hadapi perkara yang sama sementara nak terbiasa.

Nasihat saya, sebagai suami, usahakan dulu bayar apa yang menjadi kewajipan kita, tunaikan dulu hak-hak isteri. Hak yang sepatutnya dia dapat. Cukup, tak cukup duit kita tu, belakang kira dulu janji kewajipan kita dah tunaikan.

Akhirnya Makin Stabil

Kini, setelah melalui semua kesusahan dan kepayahan tu, boleh saya katakan, saya dah mampu bagi balik apa yang isteri bagi pada saya dahulu. Dengan anak 3, dengan dirinya yang dah tak perlu bekerja, suri rumah sepenuh masa,

hidup pun dah berubah, ekonomi dan kewangan keluarga pun dah makin stabil, saya rasa, saya dah berjaya dalam menjadi seorang suami. Saya dah mampu untuk tanggung dan menyara keluarga kecil kami dengan apa yang ada.

Kepada suami di luar sana, laksanakan dulu kewajipan-kewajipan kita seboleh-bolehnya dan semampunya, kemudian InsyaAllah kita akan memperoleh ganjaran daripada setiap apa yang kita dah lakukan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : myinfomaya via Portal Islamik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *