Semasa

Rumah Terbkar, Suami Pegang Isteri Luar Balkoni Elak Dis𝘢mbar Api, Akhirnya Diri Maut Akibat Melecur Teruk

Seorang lelaki dilapor sanggup mengorbankan diri sendiri apabila dirakam memegang isterinya di luar balkoni ketika rumah mereka di tingkat tiga terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku di China itu, lelaki berkenaan dipercayai cuba menyelamatkan isterinya daripada disambar api. Melalui rakaman yang tular, dapat dilihat beberapa kawasan badannya melecur akibat disambar api.

LIHAT GAMBAR DI TEMPAT KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Dia bagaimanapun dilapor meninggal dunia selepas sembilan hari dirawat dihospital. Menurut laporan Mothership, si suami kritikal selepas hampir 98 peratus tubuh badannya melecur dalam usahanya menyelamatkan isteri tercinta.

         

Ketika itu, si suami sudahpun berada di ruang balkoni untuk menyelamatkan diri. Dia kemudian nekad menarik isteri, mengangkat melepasi balkoni dan menahannya di bahagian luar untuk mengelakkan si isteri daripada disambar api.

Ketika bomba tiba, si isteri merayu kepada anggota penyelamat untuk menyelamatkan suaminya terlebih dahulu.

Dalam laporan siasatan bomba, rumah berkenaan dikongsi bersama 4 lagi ahli keluarga, namun kebakaran dilapor bermula daripada bahagian bilik yang didiami mereka berdua.

Kasih suami dan keluarga bahagia

Pasangan suami isteri berkenaan dilapor sudahpun mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Malah, mereka juga dikurniakan dengan tiga cahaya mata.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

        

LIHAT GAMBAR KEJADIAN DI BAWAH:

    

Ketiga-tiga anak mereka bagaimanapun tidak tinggal bersama mereka kerana dibesarkan oleh orang tua suami di kampung.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MothershipSCMP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *