Niat seorang wanita mahu menjelaskan kepada umum isteri kedua bukan pengikis harta suami tidak kesampaian apabila dia dikritik netizen.
TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Lazimnya golongan wanita tidak menyukai poligami dan menganggap perkara itu adalah satu perkara yang harus dielakkan dalam hubungan rumah tangga. Bagi lelaki yang berjaya berpoligami pasti merasakan dirinya adalah insan yang paling bertuah kerana dunia seolah-olah miliknya.
“Tapi sejak berkahwin, isteri kedua yang selalu menghabiskan duit untuk suami. Walaupun suami tak pernah minta apa-apa, tetapi saya suka make over suami agar dia nampak lagi kcak dan bergaya.
“Walaupun saya tahu dia sebenarnya mampu beli sendiri, tapi isteri kedua masih digelar pngikis, kan? Sedangkan yang kedua tidak pernah mendapat apa-apa harta dari suami,” katanya.
Bagaimanapun di media sosial, netizen mempunyai pandangan mereka sendiri berhubung video tular itu. Ada yang positif, tidak kurang juga yang memberikan pandangan negatif.
“Ini namanya humble bragging atau berpura-pura merendah diri tetapi sebenarnya riak. Tak apalah, kita orang biasa tidak perlu madu kaya. Asalkan suami kaya ilmu agama dan kaya cinta isteri seorang dan anak-anak sampai ke syurga,” kata Ain.
“Tak apa kak, jangan peduli dengan kata-kata orang lain. Saya doakan akak dapat madu yang ketiga dan keempat supaya dapat merasa apa yang isteri pertama rasa,” perli Miss Q.
“Mungkin awak sebagai isteri kedua tak kikis harta suami. Tetapi awak kikis kasih sayangnya dari isteri yang pertama,” kata King.
“Isteri kedua yang baik takkan muat naik video bermesra-mesra dengan suami demi menjaga hati madu. Contoh yang terbaik adalah pelakon Zarina Zainuddin,” kata Nurul Najwa.
“Kau nak belanja suami lantaklah. Tak payah nak sakitkan hati orang yang telah diduakan dan diceraikan. Masa berharta bolehlah. Tiba Allah SWT itu duga masa itu kau tahu kifarah. So isteriyang tak bekerja itu, ingat-ingatlah. Buat simpanan juga untuk diri sendiri,” kata Itah.
“Allah beri awak rezeki untuk mewahkan suami tapi tak perlu upload video seperti ini. Jagalah hati isteri pertama yang telah banyak korbankan perasaan untuk awak,” kata Cikgu Juju.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
'Saya pernah digelar perampas, tapi saya tak pernah hasut suami ceraikan isteri pertama' pic.twitter.com/xCpnsXpPdO
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 12, 2022
Sumber: The Reporter, Tiktok Erina Zibidan