Semasa

Samun Warga Emas Depan Rumah, Kerja Jahat 2 Lelaki Akhirnya Menerima Padah

Sejak hari itu, tular di media sosial terutamanya di Facebook satu kejadian samun yang melibatkan dua orang suspek menaiki motosikal dengan seorang wanita di kawasan kawasan perumahan.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Zhafran Shaharin Fans, kejadian terbabit dipercayai  berlaku di Bandar Tun Razak, Cheras dan dia juga memperoleh rakaman tersebut selepas ia tular group WhatsApp.

        

Mereka juga berharap agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan dan mengesan dua individu yang melakukan kes samun di hadapan rumah penduduk setempat.

Kejadian samun di Bandar Tun Razak, Cheras.

Terima kasih kepada orang awam yang merakam bukti penting ini.

 

Hujung minggu lalu, satu video kes samun melibatkan dua orang lelaki dan mangsanya seorang warga emas di hadapan kawasan perumahan telah tular di media sosial.

Mana tidaknya, video yang dirakam oleh jiran mangsa dan dimuat naik ke media sosial telah mendapat perhatian ramai. Ia sekali gus membantu mengesan dua suspek yang menaiki motosikal bernombor plat ALA850.

      

Sekali lagi polis melakukan serbuan sekitar pukul 11 pagi keesokannya dan berjaya menahan suspek kedua berumur 29 tahun serta merampas peralatan yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut berserta wang tunai RM5,300,” ujarnya.
Difahamkan, kedua-dua suspek mempunyai 18 rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah.

Suspek pertama telah direman selama enam hari sehingga 1 April depan manakala suspek kedua pula selama tujuh hari iaitu sehingga 4 April bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Melalui penahanan kedua-dua suspek ini, kita berjaya menyelesaikan enam kes samun, masing-masing dua dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan empat di IPD Dang Wangi,” tambah Muhammad Idzam.

Terdahulu, kes samun yang berlaku telah dilihat oleh anak kepada mangsa yang tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan suspek mempunyai senjata.

Namun begitu, tindakan bijak jiran yang merakam kejadian tersebut dan meminta anak mangsa memaklumkan nombor plat motosikal telah membantu orang ramai menularkan video berkenaan sehingga mendapat perhatian meluas di media sosial.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber Omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *