Siti Fatin Nasuha memilih lebih memilih untuk berniaga berbanding meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Menurut gadis ini, dia lebih minat untuk menjual makanan daripada menyambung pengajian setelah tαmat persekolahan.
Makanan yang disediakan di gerai jualan Fatin, 21 adalah kerabu maggi dan burger dan apa yang menariknya adalah tempat terletaknya gerai gadis ini.
Gerai makanannya terletak berhadapan tanah perkuburan dan mula berniaga jam 12 tengahari sehingga 11.30 malam.
“Kedai tu sebenarnya abang saya yang mula berniaga dulu. Tapi tak lama lepas tu dia dapat tawaran kerja di negeri lain.
“Saya rasa sayang pula kalau biarkan macam tu je jadi saya buat keputusan ambil alih berniaga.
“Jadi saya pun mulakan perniagaan dan bagi nama kedai tu Gerai Maklang sebab saya seorang je berniaga. Sebenarnya gerai tu pun sudah dikenali masa abang berniaga dulu lagi.
“Abang buka kedai dekat situ sebab tempatnya strategik terletak dekat jalan utama keluar masuk kampung.
“Cuma kedai dia betul-betul depan kubur. Sebelum ni kubur tu ada pagar tapi sudah dirµntuhkan jadi setiap hari berniaga memang saya hadap kubur,” ujar Fatin yang senang disapa Maklang.
Tambah Maklang lagi, rumahnya yang terletak di Bukit Kechik, Kelantan juga berhadapan dengan tanah perkuburan.
Sejak kecil dia sudah terbiasa dengan melihat tanah perkuburan, daripada sedikit sehingga sekarang sudah dipenuhi ‘penghuni’.
Maklang juga ada memuat naik video ke laman TikTok sehingga mencecah hampir 1 juta tontonan serta 8 ribu tanda suka.
Pelbagai komen yang diberikan oleh netizen berkenaan gerai depan kubur gadis itu namun dia tidak ambil kisah dengan komen-komen tersebut.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Peranan Betul Tempat Dia Meniaga, Tengah Makan Terus Rasa Nak Infasm😅 pic.twitter.com/T3h9WmWSMI
— video rendom (@NEhlart) March 21, 2022
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, mstar
[2] Gambar utama dan gambar lain, @maklangggggg, mstar