Hanya mampu mengenangkan nasib sendiri apabila suaminya menceraikannya dan biarkan dia terkontang kanting sendirian bersama dua anaknya yang masih kecil.Tidak berkerja malah anak-anak masih perlukan perhatian menyukar Hanum Ramli, 40, untuk mencari perkerjaan.
Diceraikan Dan Pulang Ke Negara Asal
Menurut laporan Harian Metro, suami wanita ini adalah warga Pakistan yang telah pulang ke negara asalnya. Dia diceraikan dua bulan lalu, terpaksa tinggal di bilik sewa di rumah kedai bersama anaknya Muhammad Hassan Muhammad Hussain, 1, dan Muhammad Harith, 6.
“Kami tiga beranak ditinggalkan di bilik sewa tanpa kemudahan asas dan yang merumitkan keadaan ialah bercampur dengan warga asing yang lain serta berkongsi bilik air sama.
ADA DUA ANAK LAIN
TERPAKSA MEMINTA BANTUAN
“Saya sedang mencari pekerjaan yang sesuai yang boleh dilakukan di rumah kerana perlu menjaga dua anak yang masih kecil malah saya juga mengalami sakit pinggang selepas pembedahan anak bongsu,” tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, pihaknya cuba membantu Hamun mendapatkan lain-lain bantuan terutama bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Pihak kami juga sedang menguruskan sebuah kediaman yang lebih selesa di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kadar sewanya lebih murah lagi RM150 sebulan,” katanya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: redaksi.com