Susulan video tular memaparkan sekumpulan pengunjung berhibur sehingga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), polis kini sedang mengenal pasti penganjur program tersebut.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya sedang meneliti video itu yang mengandungi aksi menyanyi dan menari tanpa mempedulikan penjarakan fizikal dan keselamatan.
“Kami tidak menerima laporan rasmi namun berdasarkan maklumat diperoleh, perkara seumpama itu tidak harus berlaku.
“Dalam keadaan seumpama ini (pandemik) jangan wujudkan ketegangan, tak boleh buat pesta dan sudah tentu ia bercanggah dengan SOP.
“Kamarul Zaman berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.
Video sekitar berdurasi 21 saat tersebut mendapat reaksi netizen yang tidak berpuas hati mengapa kejadian seperti itu mendapat kelulusan tanpa dikawal oleh pasukan yang bertanggungjawab.
Difahamkan, video itu dirakam pada jelajah Program RIUH EK! Keluarga Malaysia di Ayer Hitam, Johor yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dari 3 hingga 5 Mac 2022.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Pengunjung sakan menari, polis cari penganjur konsert di Ayer Hitam pic.twitter.com/dq9kgQHp4k
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 6, 2022
Sumber: Ohmymedia, Harian Metro (Mary Victoria Dass) , Facebook Majoriti