Semasa

Air Mata ‘Wan Maimunah’ Tumpah Lagi! Berlakon Penat-Penat Tapi Tak Dibayar

Penerbit atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tidak terus ditindas termasuk tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, berkata dil3.ma tersebut sering dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya apabila bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman yang ada, hingga menyebabkan mereka tawar hati untuk menerima tawaran berlakon.

Terdahulu, Wan Maimunah yang juga pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian dari 1992 hingga 1996/1997, berkata sumbangan dan sijil penghargaan yang diterima sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka merupakan antara anugerah paling bernilai buat dirinya.

Beliau berkata sumbangan itu menunjukkan masih terdapat pihak yang tidak melupakan golongan seniman di negara ini dan menghargai jasa mereka terhadap industri seni tanah air.

Pada majlis itu, pelakon tersebut menerima sumbangan makanan, wang tunai dan sijil penghargaan yang disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber & Foto: Bernama via Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *